Sharing is caring!

Reading time < 1 minute

Hi semua, hari ni saya nak kongsi sikit tentang apa yang saya baca tentang rahsia untuk menjadi trader yang berjaya. Saya baru je lepas habis membaca buku “Super Trader” yang ditulis oleh Van K. Tharp dan terus rasa semangat nak kongsi sebab perkara ini telah membuka minda saya sikit tentang trading ni.



Kalau sebelum ini, saya sentiasa ingat bahawa bila trading ni, kita akan berjaya bila kita dapat pilih saham yang untung lebih banyak dari saham yang rugi. Contohnya, sebanyak 10 kaunter saham yang saya beli dalam sebulan, 8 untung dan 2 rugi, maka saya adalah trader yang berjaya kerana pandai memilih saham yang betul.

Namun, bila baca buku super trader ni dan juga dari pengalaman setahun jagung dalam pasaran saham, saya faham bahawa peratus untuk dapat cari saham yang betul mungkin 20% sahaja manakala 80% lagi kemungkinan besar kita akan rugi!

Kenapa macam itu? Kan wujudnya ilmu teknikal analysis, fundamental analysis dan pelbagai lagi teknik. Kenapa akan rugi juga? Jawapannya adalah kerana market itu seperti orang gila. Kadang-kadang dia beri tawaran murah, kadang-kadang dia jual pada harga mahal, kadang-kadang harga tu tak masuk akal langsung. Kita tak mampu untuk predict pasaran saham, tapi kita boleh cuba minimumkan risiko dan ride the trend.

Jadi apa konsep yang saya dapat dari buku super trader ini?

Saya belajar bahawa dari 10 saham yang saya masuk, kini 8 saham saya rugi dan hanya 2 saham saya untung. Tetapi yang berbeza kali ini adalah, 2 saham yang saya untung ini dapat cover loss dalam semua saham yang saya rugi dan masih akan dapat untung lagi. Ini adalah The Super Trader!


Bagaimanakah caranya untuk jadi Super Trader ini?

Menurut Van K. Tharp, beliau menekankan penggunaan position sizing dan R-Multiples. Dalam post ni saya akan ceritakan tentang penggunaan position sizing.

Konsep position sizing oleh Van K. Tharp ini ada tiga komponen iaitu traders objective, person psychology dan sizing method.

Traders objective ni contohnya macam, orang yang berfikiran seperti “Saya tak nak malu disebabkan bankrupt dalam trading saham ni”, akan dapat keputusan yang sangat berbeza dengan orang yang berfikiran untuk menang dalam saham walau apa jua perkara yang dia perlu lakukan untuk berjaya.

Komponen kedua adalah komponen yang sangat mempengaruhi komponen pertama iaitu person’s psychology. Contohnya, apa psikologi trader sewaktu memulakan sebuah trade. Apa emosi dia? Konfiden ke tidak untuk mulakan sebuah trade tersebut atau dia hanya mengikut kata orang?

Komponen ketiga adalah Position Sizing Method. Method position sizing ni ada banyak, untuk kali ini saya akan kongsikan tentang method The CPR Model for Position Sizing.



Method CPR model ni adalah method untuk tentukan berapa banyak equity yang kita sanggup rugi untuk setiap trade? Untuk tahu berapa banyak, kita guna konsep CPR.

C adalah berapa banyak equity kita sanggup rugi untuk satu trade itu, kita akan panggil dia cash. Contoh kalau kita sanggup rugi 1% dalam setiap trade, maka C adalah 1% dari equity kita. Kalau kita ada RM50,000 dalam akaun, maka C adalah 1% iaitu RM500.

P adalah berapa banyak unit yang kita patut beli (Position Sizing).

R adalah berapa banyak risiko per unit untuk setiap pembelian saham tu. Sebagai contoh, kalau kita nak beli satu unit saham dengan harga RM50 dan sanggup rugi RM5 bagi setiap unit itu maka R kita adalah RM5 per unit.

Untuk tahu berapa banyak kita patut beli dalam saham ni, kita kena guna formula:

P=C/R

Okay kita dah tahu formula untuk beli satu unit saham dengan risiko yang terkawal, jadi jom kita tengok contoh sikit untuk lebih faham.

Contoh:

Kita nak beli saham pada harga RM50 satu unit dengan risiko sebanyak RM5 per unit. Kita sanggup meletakkan risiko sebanyak 2% dari equity RM30,000 portfolio kita. Maka berapa banyak unit saham yang kita patut beli?

Jom guna formula CPR!

R = RM5

C = 2% of RM30,000, RM600.

P = RM600/5 = 120 unit saham.

Jadi dengan risiko sebanyak 2% kita hanya boleh beli 120 unit saham sahaja. Kalau pergerakan saham itu tak seperti yang kita jangkakan, sepatutnya maksimum kerugian kita adalah sebanyak RM600 untuk trade itu (itupun kalau kita jual bila rugi RM5 per unit tu).

Selepas itu, kita boleh kira percentage kerugian dan jika untung kita boleh target keuntungan menggunakan R-Multiple yang saya akan kongsikan dalam post lain pula.

Saya bagi contoh sikit, 10R adalah kita dapat keuntungan 10 kali ganda dari risiko yang kita letakkan. Contohnya RM5 adalah risiko kita dalam trade ni kan, jadi kalau 10R maksudnya kita untung 10xRM5 = RM50. Untuk jadi seorang super trader, kita kena tahu berapa banyak peratus risiko dengan keuntungan kita.

Itu contoh untuk post akan datang. Setakat tu sahaja kali ini, nanti bila saya baca lagi, saya akan kongsi lagi di blog ini. Terima kasih semuaa..

Recent Posts