Sharing is caring!

Reading time < 1 minute

Hi semua, hari ni saya nak kongsi sikit tentang pengurusan risiko atau lebih dikenali sebagai risk management. Sebelum ni saya pernah kongsi tentang The CPR model oleh Van K. Tharp untuk mengetahui berapa banyak unit kita patut beli untuk jaga equity bagi setiap trade. Kali ini saya akan kongsikan Risk Management rule yang ditulis oleh Dr. Alexander Elder di dalam buku beliau Trading for a living!

The 2% and 6% Rule!

2% rule adalah peraturan dimana kita hanya boleh meletakkan risiko maximum untuk satu trade itu hanyalah 2% sahaja dari equity kita.

Maksudnya, jika kita ada RM5000 capital, 2% adalah RM100. Maksudnya, kalau trade tu rugi kita hanya rugi RM100.

6% rule pula adalaha peraturan di mana kita hanya boleh rugi 6% dalam masa sebulan atau dalam mana-mana open-trade. Maksudnya, kalau dalam sebulan tu dah capai maximum risiko sebanyak 6%, Dr. alexander elder cadangkan supaya kita ambil masa untuk rehat seketika dan nilai balik teknik saham tersebut. Dengan kata lain, cuba belajar lagi dan faham kenapa system tu tak jadi.

Open-trade bermaksud, jika kita beli 5 kaunter saham, dan campur peratus rugi untuk kelima-lima saham itu, kita dah capai 6% risiko walaupun kita belum close trade tu lagi. Kalau jadi macam ini, kita tidak boleh trade kaunter baru, selagi tak tutup position yang lain. Kalau kita dah tutup position and maximum loss dah capai 6%, maksudnya kita tak boleh buka trade untuk bulan itu dan perlu nilai balik system kita.

Untuk tahu berapa banyak kita boleh loss kalau maximum risiko adalah 2% dan 6% boleh baca post saya sebelum ini berkenaan The CPR Model.

Semoga kita sentiasa berdisiplin dalam saham.

Terima kasih semua!

Recent Posts