Sharing is caring!

Reading time < 1 minute

Hi semua, hari ni saya nak kongsi sikit tentang financial plan saya untuk menghadapi zaman habis belajar nanti. Mula-mula sekali, tahniah kepada diri sendiri dan juga korang yang baca ni sebab kita sudah mula peka tentang cara urus wang sendiri.



Robert T. Kiyosaki banyak kali bercakap tentang betapa pentingnya pembelajaran tentang kewangan. Beliau sering mengatakan supaya ilmu kewangan ni patut di ajar disekolah kerana begitu ramai manusia yang kurang peka kewangan termasuk la diri saya ni.

Oleh itu, ramai yang memasuki pelbagai perangkap kewangan. Jika kita tidak pandai mengawal wang, maka wang akan mengawal kita. Oleh itu, jom kita tambah ilmu tentang macam mana nak jaga kewangan ni. Untuk tambah ilmu kewangan ni, korang kena la banyak membaca buku kewangan contohnya, rich dad poor dad.

Okay jomm sembang pasal plan kewangan. Saya pon tak pasti betul atau takk tapi korang boleh nilai sendiri dan adjust untuk diri korang sendiri gak. Yang penting ada plan je dulu pon dah cukup bagus, lepastu adjust from time to time. Improvise.

Plan pertama,

Saving duit biasiswa dan duit belanja dari parents.

Saving ni sangat penting sebab kita perlu ada duit kecemasan bila jadi apa-apa. Kalau kita nak invest ke apa-apa ke dan investment tu tak dapat hasil, kita ada duit untuk turn back to. Banyak buku kewangan kata saving kena ada at least 6 bulan gaji atau 12 bulan gaji, supaya kalau jadi apa-apa kita ada tempoh at least 6 bulan atau 1 tahun untuk cari punca kewangan yang lain.

Jadi cara nak saving adalah bayar diri kita dulu. Pay ourself first. Wajibkan diri bayar diri sendiri dulu sebelum guna untuk benda lain. Kalau boleh mula la dengan 10% dulu ke dari jumlah yang kita dapat bulanan tu. Sebenarnya benda ni sangat versatile, cuma kena latih diri je untuk disiplin menyimpan, amount tu kita adjust ikut kemampuan.

Sebagai student ni, cuba la simpan supaya kita dapat at least duit kecemasan kalau apa apa jadi. Saya suggest cuba target simpan rm1000 je dulu sebab saya tahu ramai tak mampu nak simpan walau seribu dengan duit sendiri. Sebenarnya, bukan rakyat Malaysia je macam ni, negara lain pon sama je.

Lepas dah ada savings,

Plan saya adalah untuk invest.

Invest ni luas maksudnya, sebagai contoh invest kepada diri sendiri, invest kepada orang lain, invest dalam bisnes dan sebagainya. However, the greatest investment you can make is an investment to yourself. Invest in knowledge.

Sambil sambil buat saving tu, cuba la search buku-buku kewangan, buku-buku motivasi atau kalau malas nak membaca tengok youtube pon boleh. Search je financial freedom, ataupon law of attraction ke.

Sebab kalau nak ubah hidup, kena ubah mindset dulu bak kata bait lagu jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh! Macam mana nak buka minda ni? Dengan membaca… It will change how you view the world, ia akan ubah cara fikir korang, nak berjaya atau tak begantung kepada korang sendiri.

Okay lepas dah ada ilmu semua tu, invest dalam kewangan kita. Invest kewangan ni ada banyak cara.



Untuk kewangan ni, saya target untuk dapat passive income dengan invest dalam dividend stocks contoh macam high dividend company dan Real Estate Investment Trust (REITS). Bak kata Albert Einstein, Compound Interest is the 8th wonders of the world. Untuk enjoy magic of compounding ni saya kena kumpul modal jadi saya kena cari sumber kewangan dulu untuk boleh invest.

Oleh itu, saya buat trade saham, dengan cara beli saham pada harga murah dan jual bila saham tu naik harga, yang ni kena ada ilmu. Ilmu ni boleh dicari sebab banyak sangat buku-buku dan youtube video ajar tentang ni. In the end, atas kita jugak nak ke tak nak.

Selain itu, sebab saham ni saya masih belajar jadi macam slow sikit, nak join seminar tak mampu lagi, jadi saya cuba untuk buat youtube.

Youtube ni sebab saya minat buat video semua tu, jadi seronok laa nak buat. Kira macam hobby je sebenarnya. Saya belum start lagi tapi insya allah soon. Saya akan kongsikan video tentang cara edit, video travel, video tentang kewangan dan sebagainya.

Rasanya itu je plannya hahah, tadi rasa macam banyak je plan ish ish ishh..

Sebelum tutup post ni, saya nak kongsi kata-kata Robert T. Kiyosaki iaitu savers are losers!

Kenapa beliau buat statement macam tu? Sebab ia adalah perkara yang benar di mana kita tengok kadar inflasi sekarang.

Samakah nilai RM50 sekarang dengan nilai RM50 dulu? Jauh beza kan, satu troli penuh RM5O? Dengan peratusan dividend yang diberi oleh bank tak cukup pon untuk match dengan inflasi, ini bermakna duit yang kita simpan dalam bank sebenarnya semakin sikit.

Itu sahaja untuk post kali ini… maaf membebel je banyak hehe…

Terima Kasih Semua….

Recent Posts