Sharing is caring!

Reading time < 1 minute

Stock Journey Log 1

Okay guys, so ini adalah obervation aku sebagai seorang yang belajar sendiri saham melalui youtube dan buku-buku stock trading.

Ini adalah part 1 dalam perjalanan aku dalam dunia saham ni. Aku akan explain kenapa aku cakap sesuatu stock akan naik atau turun.



Tetapi korang kena tahu yang aku tak boleh predict masa depan, apa yang aku guna semua tu hanyalah teknikal analisis dan juga fundamental analisis untuk mengenal pasti saham yang ada potensi.

Apapon kena ada disclaimer dulu yang aku tak suggest korang beli atau jual saham dalam blog aku ni sebab ini apa yang aku nilai dari pandangan aku yang sangatlah beginner dalam dunia saham.

Dan tambahan, apa yang aku share ni maybe tak betul jugak sebab aku belajar sendiri sahaja, jadi tujuan sebenar bahagian stock journey ni adalah untuk rekodkan perjalanan seorang yang tak tahu apa apa tentang saham sehingga boleh berjaya insya allah.

Okay jom kita mula…

Weekly Chart, WIDAD GROUP BERHAD, diambil dari “https://www.thestar.com.my”

Saham yang pertama adalah saham WIDAD GROUP BERHAD. Untuk saham ni, first thing aku buat adalah ikut triple screen trading system oleh Dr. Alexander Elder iaitu tengok weekly chart first kalau nak trade daily.

So dalam gambar atas tu adalah chart weekly dan aku tengok dia macam nak mula uptrend yang baru. Price tu dah cross EMA 20 berapa minggu sebelum ni, dan baru cross EMA 50 dan EMA 100.

Untuk MACD line, biru atas merah, dan macd histogram dua bar yang last tu kita kena tengok bar yang kedua lagi tinggi dari yang pertama.

Stochastic dah tunjuk dah masuk zone overbought dekat weekly chart. Overbought ni kadang memang betul tapi kita kena tengok past prices dia correspond tak dengan overbought ni sebab kalau saham selalu naik memang akan sentiasa dalam zone overbought ni.



Kalau tengok support resistance dalam weekly chart, last resistance dia dalam 0.350 sen kut. So maksudnya aku rasa dia boleh naik paling kurang sampai resistance dia. Dari 0.295 ke dalam range 0.350.

Okay bila dah tengok saham weekly dia okay, kita tengok daily dia pulak.

Daily Chart, WIDAD GROUP BERHAD, diambil dari “https://www.thestar.com.my”

Dekat daily boleh tengok prices baru cross EMA 200 iaitu orang panggil sebagai investor line. Kalau ikut buku The Systematic Trader oleh Collin Seow, Bullish trend ni akan established bila line EMA 20 atas line EMA 50 dan EMA 50 atas line EMA 200.

So kita boleh tengok yang 23hb haritu, EMA 20 dah cross EMA 50 dan hampir nak cross EMA 200 dah. Maksudnya a bullish trend mungkin akan bermula ni.

Ikut line MACD, boleh tengok biru dah sekian lama atas line merah, stochastic dah lama dekat overbought, dan kadang nampak macam slouching downwards mungkin ada nak buat correction dulu kot.

RSI baru sahaja sentuh zone atas dkt 70 tu, RSI ni biasanya show trend reversal. Maksudnya bila ada trend baru nak start, biasanya RSI ni akan mula dari bawah dan naik atas.

So kalau nak beli kena ada Entry Price, Target Price dan Cutloss. Wajib ada untuk trade apa apa saham. Selain tu kena ada proper risk management untuk jaga kita punya capital.



Sebelum aku pandai pandai letak entry price semua tu, aku rasa first price ni mungkin akan buat sedikit correction untuk test balik EMA200 tu, kalau dia bounce off balik baru beli, kalau next trading day ni, dia tak turun, dan EMA 20 dah cross EMA 200, aku rasa beli je price yang dapat haha.

Kalau tak bounce, entry tu highest price of last candle iaitu 0.30, target profit 0.310-0.315 dan cut loss lower price of last candle iaitu 0.285.

Risk management aku tak belajar mendalam lagi, so yang tu aku taknak sentuh details lagi, nanti aku dah khatam baca aku boleh share.

Banyak lagi saham dalam list aku ni hahaha tapi aku explain kurang sikit kot dari yang widad ni, kalau ada soalan boleh roger takdehal hahaha..

Okay next saham I-STONE GROUP BERHAD..

Company Details I-STONE GROUP BERHAD. Di ambil dari “https://www.thestar.com.my”

Aku pilih saham ni sebab aku tengok fundamental analysis dia aku rasa elok setakat ni. Net profit dia sekali ganda every year maksudnya the company is growing. Aku kurang mahir sikit bab FA ni sebab dia ada banyak ratio semua tu. Kita kena tengok banyak numbers untuk FA ni contohnya, P/E ratio, EPS, tengok liabilities dia, tengok growth, dan macam macam lagi. Nanti aku explain dekat blog post khas untuk FA ni yaa…

Selain tu untuk FA dia, aku rasa bisnes company dia ni bagus for the future sebab company ni buat automation machine which aku rasa sangat diperlukan di masa hadapan. Zaman semua benda jadi automatik.

Daily Price I-STONE GROUP BERHAD, diambil dari “https://www.thestar.com.my”

Okay untuk technical analysis pulak, saham ni rasanya baru listed dalam bursa malaysia sebab dia takde price history yang lama. Untuk saham ni aku rasa kena tengok candlestick pattern, candle stick pattern ni banyak kena explain lain jugak.

Kalau tengok dekat candlestick pattern, boleh tengok yang banyak kali dia test harga bawah tapi buyer sentiasa ada untuk push balik price atas. Nama term candlestick tu tak ingat dah maybe macam hammer pattern.



Kalau tengok EMA20 pulak, dia baru cross separuh. Kalau once dia cross habis, biasanya line EMA20 ni akan jadi dia punya support. Kalau next day dia cross, boleh fikir fikir untuk beli. Tengok MACD line pon, biru hampir nak cross merah, once dia cross tu, next day boleh beli.

Okay setakat tu saja kott, banyak lagi saham lain sebenarnya yang aku tulis dalam buku, tapi tak larat nak tulis dah, pukul 3 pagi dah ni hoho, esok kelas dekat hospital hrpz, maklumlah pelajar perubatan je baru hehe…

Aku list saham yang aku tulis dalam buku, untuk rujukan masa hadapan…

D&O (0.610)

Ikhmas (0.095)

Prolexus (0.860)

Perdana (0.320)

Opcom (0.70)

CCK (0.530)

Itu sahaja untuk log 1 dalam stock journey aku. Sekali lagi aku taktau betul ke tidak apa yang aku interpret tu hahah tapi semua tu based on buku-buku dan video yang aku belajar. Rugi dalam saham tu normal, yang penting tahu bahawa kita salah dan cutloss cepat sebelum kita rugi besar.

Next trade, cuba lagi.. Yang penting belajar dari kesilapan dan tahu kenapa trading setup kita yang sebelum tak jadi. Okayy guys, thank youu…