Sharing is caring!

Reading time < 1 minute

Hi semua, so hari ni aku nak buat sedikit review tentang stock journey log 1 yang aku tulis minggu lepas pada 7/10/2019. Hari ni bertarikh 14/10/2019.

Okay kita go laju laju je sebab dah explain dalam post sebelum ni kan…

Stock pertama adalah Widad Group Berhad. Kalau kita tengok masa aku cakap tu, harga widad adalah 0.295 dan aku cakap pasal line EMA semua tu kan.

Diambil dari

So sekarang kita boleh tengok yang line tu berjaya cross dan EMA 50 pula nak cross EMA200, memang tengah uptrend la ni maksudnya haha.

Tapi kita kena be aware jugak dengan last resistance dia which is 3.50 tu, kalau korang masuk 0.300 dan jual 0.325 tu dah banyakk sangat profit.

Okay next stock adalah I-STONE. Untuk stock ni memang aku beli pada harga 0.185 tu. 7/10/2019 boleh nampak yang macd line tu, biru nak cross merah.

Hari ni dia naik sehingga 15% dan kalau tengok papan bursa memang stock number dua paling aktif untuk hari ni.

And aku dah jual pada harga 2.10 tengah hari tadi. Boleh laa 7% gain today.

Stock lain contohnya perdana. Dari 0.320 yang masa aku tulis haritu naik sehingga 0.355 hari ni.

Carta diambil dari “https://www.thestar.com.my”.

Seterusnya, OPCOM, dari 0.70 ke 0.815.

Carta diambil dari “https://www.thestar.com.my”.

Prolexus dari 0.86 ke 0.90 dan pernah smpai 0.915 beberapa hari lepas.

Carta diambil dari “https://www.thestar.com.my”.

Ikhmas turun dari 0.095 ke 0.085. Yang ni aku silap sebab tak tengok overall trend.

Trend ikhmas tu tengah downtrend so walaupon macd biru nak cross merah, dia jadi macam weak signal je, tak patut la beli sebenarnya (bagi beginner macam saya la).

Carta diambil dari “https://www.thestar.com.my”.

Next, CCK pon tengah takde volume, jadi tu pon satu kesilapan gakk, sebab nak beli saham ni kena tengok sector dia jugak.

Kena ikut sector mana yang dapat perhatian dalam tempoh berkenaan.

Untuk D&O aku rasa beri dia masa sikit lagi, kalau lepas line EMA200 tu bolehh pertimbangkan untuk beli.

Okay setakat tu sahaja untuk review kali ni, lepas ni aku akan tulis lagi pandangan tentang stock lain di stock journey log 2 pula.

Terima kasih semua.

Recent Posts