Sharing is caring!

Reading time < 1 minute

Hi semua, hari ni saya nak kongsi sedikit tentang sebuah term yang menjadi impian begitu ramai manusia di dunia ini iaitu Financial Freedom. Dalam coretan ini, saya akan kongsikan kepada korang semua tentang apakah itu Financial Freedom dan kenapa term ini sangat popular di masa kini?



Sebelum kita pergi dengan lebih mendalam, rujukan saya untuk coretan kali ini adalah hasil karya Tony Robbins bertajuk “Money Master The Game, 7 Simple Steps to Financial Freedom” dan juga selitan dari sudut pandangan saya juga hehe.

Pernah tak korang terfikir kenapa orang yang kaya semakin kaya dan yang miskin susah betul untuk jadi kaya? Adakah takdir dunia ni memang macam tu atau sebenarnya kita boleh ubah takdir itu? Jika boleh ubah, bagaimana caranya? Walaubagaimanapun, persoalan yang sebenarnya adalah sama ada kita mahu atau tidak untuk ubah hidup kita?

Tak dinafikan, masyarakat kita sangatlah tidak selesa untuk menceritakan tentang duit. Bab duit je jangan tanya, nanti orang akan terasa. Ikut kata orang putih, duit seolah-olah jadi “Taboo Topic” untuk dibincangkan di khalayak ramai. Orang Malaysia ni kalau gila duit je, orang panggil mata duitan, buat kerja tak ikhlas, penunggang agama dan lain-lain haha.

Apakah itu Financial Freedom?

Okay dah-dah la tu bebel, jom kita tahu dulu apakah itu financial freedom. Bak kata pakcik Tony Robbins ni, financial freedom ini adalah apabila tiap hari kita bangun dari tidur, kita tahu duit itu sentiasa ada dan cukup untuk bayar semua keperluan, impian dan keinginan yang kita mahukan dalam hidup. Kalau tiba-tiba nak pergi travel tu, terus book tiket, kalau nak makan itu ini semua boleh sebab kita ada duit. Kalau nak kerja pon, kita kerja sebab kita nak bukan sebab tunggu gaji akhir bulan.



Best kan kalau dapat jadi macam tu, senang di dunia dan insya allah senang di akhirat juga. Pak Cik Tony ni ada mention yang sebenarnya, kita nak sangat duit tu bukan sebab kita nak duit tetapi sebab kita perlukan sesuatu yang duit tu mampu berikan kepada kita. Pakcik Tony ada kongsikan beberapa sebab kenapa kita perlukan duit.

Salah satu sebab adalah untuk Certainty atau Comfort. Kita sebagai manusia ni perlukan ketentuan untuk hidup pada esok hari. Contohnya, seperti ada duit ke tidak untuk makan esok, rumah yang kita sewa ni masih boleh sewa lagi ke atau tuan rumah nak ambil balik. Air dan elektrik ni sampai bila bertahan kalau tak bayar bil. Susah kan nak hidup sentiasa dalam kegelisahan tentang hari esok. Oleh itu, kita perlukan duit untuk memberi rasa tentu dan rasa yakin untuk menghadapi esok.

Jadi sebenarnya apa cara dia untuk capai financial freedom ni. Meh saya kongsikan blueprint yang saya baca dan video-video dari youtube untuk capai financial freedom ni.

Blueprint Financial Freedom.

Untuk dapat financial freedom ni, mula-mula sekali kita kena ada multiple sources of income. Haa sudahh, saya kerja 8 pagi sampai 5 petang tiap hari, mana ada masa untuk cari pendapatan lain awak. Okay gini cerita dia, pendapatan lain yang kita nak ni sebenarnya adalah dalam bentuk pendapatan pasif, atau mat saleh suka panggil passive income. Passive income ni adalah duit yang masuk ke dalam poket kita tanpa kita perlu menggunakan masa kita. Maksudnya, sambil tidur pon duit masuk dalam bank. Uish seronok lain macam tengah tidur pon duit masuk.

Active income ni pulak duit yang kita dapat kerja 8 pagi sampai 5 petang tu. Kita guna banyak masa untuk dapat duit gaji akhir bulan tu manakala untuk passive income ni kita tengok sekejap-sekejap je tapi duit masuk baikk punya haha. Kesimpulan dekat sini kita kena cari punca pendapatan passive ni. Di mana ada banyak sekarang di dunia serba moden ini, sebagai contoh, menulis blog, publish buku di kindle amazon, duit sewa rumah, dan juga pelaburan wang di vehicle-vehicle yang ada macam unit trust, asb dan juga saham.



Seterusnya, kita kena invest dalam asset dulu baru lah boleh berbelanja. Saya petik kata-kata Dato’ Dr. Nazri Khan, Kalau nak pakai iphone tu beli dulu saham apple, nanti pak cik Tim Cook akan belanja awak iphone yang awak nak. Asset ni apa sahaja yang datangkan duit manakala liability ini adalah apa sahaja yang keluarkan duit dari kita.

Jadi lagi banyak asset yang kita kumpul, lagi banyak punca pendapatan pasif yang kita boleh dapat. Bila banyak punca pendapatan ni, kita akan kena balance perbelanjaan supaya aliran wang tunai kita sentiasa positif bak kata mat saleh sekali lagi “Positive Cashflow”.

Rasanya setakat itu sahaja untuk coretan kali ni. Post selepas ni saya akan ceritakan lebih detail mengenai multiple income, assets dan cashflow ni. Jadi nantikann yaa haha.

Kesimpulan

  1. Cari multiple income anda!
  2. Focus kepada setting up passive income.
  3. Kumpul asset.
  4. Maintain positive cashflow.

Sekian, terima kasih 🙂

Recent Posts