Sharing is caring!

Reading time < 1 minute

Hey guys, al-kisahnya baru-baru ni, aku teringin mencuba sesuatu yang baru and for this time it is joining a photography competition. Selama ni selalu tengok je member join, tapi tak pernah terlintas nak ikut sama. But this time, mungkin sebab venue dekat dengan USM, maka aku ambik keputusan untuk mencuba nasib.

Cerita dia minggu tu aku nazak duit jugak la sebab aku dah bajet-bajet ada rm140 ringgit lagi untuk dua minggu lebih sebelum elaun pama masuk 1hb Ogos. Disebabkan kena extend selama 25 hari lagi dekat USM, aku kena bayar duit sewa bilik iaitu RM4 x 25 hari jadilah RM100 habis and tinggal lah rm40 ringgit untuk dua minggu. Aku dah risau dah pasal duit tak cukup ni, malam makan nasi bujang je (member makan KFC) and breakfast tak makan. 
Nak tambah sedih lagi motor pulak tayar pancit, wobbly gila bila bawak motor and lagi sedih pasal mesin gedegang! Aku tengah takde duit and lapar pulak malam-malam, so solution dia adalah minum air masak and beli makanan dekat mesin gedegang. Jadi aku pergilah naik motor yang tayar pancit tu ke Desa Nurani, sebab Desa Murni (currently staying at Murni sebab Nurani akan dirennovate) takde mesin gedegang and aku tak jumpa tempat nak ambik air filter. 
Sampai je dekat Nurani, aku pergi ke mesin coway dulu, aku nampak ada laki chinese ni duk isi air penuh satu botol besar. Aku lega lah, boleh jugak minum air malam ni. Cepat-cepat la aku pergi letak botol untuk tadah air thennn you know what? Air turun sebanyak satu penutup botol je lepas tu tiba-tiba berhenti. Tekan punya tekan mesin tu setitik dua je air jatuh dalam botol kuning aku. Hmmm… aku fikir takpelah takde rezeki la tu kali ni, mungkin boleh beli air dekat mesin gedegang.
Dekat mesin gedegang, aku guna duit syilling sebab duit kertas nak jimat, aku cari duit syilling merata dekat bilik aku, sebanyak mungkin aku boleh jumpa yang celah-celah beg, dalam poket seluar, atas lantai dekat katil aku, masa tu baru tahu betapa bernilainya duit syilling. Lepas aku dapat dalam amount yang aku rasa boleh tahan jugak baru aku gerak ke Nurani. Cerita dia sampai je dekat mesin tu, aku taktau aku ada berapa duit syilling so aku letak jelah satu-satu supaya mesin tu tolong kirakan untuk aku, and makanan/minuman yang mana cukup duit aku beli yang tu.
Pastu tak silap duit syilling aku ada dalam rm2.90, and masa tu jugak terasa nak beli kitkat yang berharga rm3.40, jadi aku korbankanlah seringgit duit kertas untuk kitkat tu. Mesin tu pon menyerap masuk duit kertas aku, then tiba-tiba paparan skrin menunjukkan duit yang dah dimasukkan jadi RM1.00 sahaja, mana pergi lagi RM2.90 aku??? Hilang macam tu je duit syilling yang aku penat cari. Hmm.. 
So aku macam haih la hari ni, lepas satu-satu, rasa macam aku having a bad day gila, dengan tayar pancit, air takde time aku nak isi, mesin gedegang telan duit yang aku kumpul susah payah dengan lapar and dahaganya malam-malam. Apakan daya, aku tak mampu buat apa selain bersabar dan pulang ke bilik dan tido kerana esok hari pertandingan tu.
So esokknya JupoInsta tu start pukul 9 pagi dekat Taman Tengku Anis. Aku bangun subuh then lepas tu study sikit sebab tahu akan habiskan about three hours untuk competition tu. So i have to plan wisely cey. Dalam pukul 8:15 macam tu rasa berat je nak pergi, hampir gila untuk tak pergi competition JupoInsta sebab aku pergi bilik Suhayl dengan Daus, depa tengah tido lagi, Syamil baru sampai USM dan dia baru keluar untuk breakfast. 
So aku seorang je yang nak perginya, rasa malas tu menerjah fikiran dengan bertubi-tubi. Lama jugak la untuk make up my mind and akhirnya aku pilih pergi walaupon aku taknak pergi. Ironic. So masa tu pukul 8:30 and aku decide to arrive approximately at 9:15 because aku tahu program takkan start tepat pukul 9. Lepas bersiap, aku gerak pukul 8:45 dengan motor yang tayar nya pancit. So first things first, do no harm aku isi angin tayar dulu dekat stesen minyak petronas. 
Dalam pukul 9:15 aku sampai di Taman Tengku Anis. Aku park motor and pergi daftar, masa daftar dapat buku nota, button badge dengan pen free and yang paling best dapat makanan dengan minuman free sebab tengah takde duit kan hahaha. Alhamdulillah. Selepas makan ada taklimat peraturan dan syarat pertandingan dengan semua peserta. Aku tengok orang lain semua bawak member untuk di ambil gambarnya. Yang dah kahwin bawak family, yang beristeri bawak isteri (hint). Aku pulak duduk tersipu malu sorang-sorang taktau nak buat apa jadi aku terus call syamil mintak datang haha. 
So aku jalan-jalan la cari idea tempat menarik untuk ambik gambar, then terjumpa dengan budak-budak yang main bola. Pertandingan tu terbahagi kepada tiga kategori iaitu, sukan, budaya dan sopan.  Jadi aku fikir ini masa untuk ambik gambar kategori sukan. Aku pon megeluarkan senjata lensa aku dan shoot ke arah budak-budak tu dengan izin dieorang. Selepas itu, aku dah bosan so edit terus gambar budak-budak and terus upload di Instagram.
Then aku tunggu Syamil. Pertandingan itu akan tamat pukul 11 pagi, so siapa yang hantar gambar selepas pukul 11 tak dikira penyertaannya. Syamil arrived at 10:40 with 20 mins left on the clock. First thing aku buat bila Syamil sampai adalah ambik wau bulan yang baru je orang lain habis gunakan. Timing is precise hehe. Disebabkan dahaga, syamil pau air masak urusetia satu botol then terus beraksi cemerlang. Air mujarab kot.
After that, 10:50 terus edit gambar, 10:55 post instagram and settle. Kiteorang tunggu keputusan pertandingan sambil dengar ceramah daripada Ustaz Syakirin. Beliau berkongsi tentang orang yang didoakan oleh syurga iaitu orang yang mendoakan dirinya untuk masuk syurga. Kedua, ustaz mention tentang orang-orang yang dirindui syurga, iaitu orang yang rajin membaca al-quran, orang yang selalu menjaga lisannya, orang yang selalu belanja orang lain dan orang yang berpuasa di bulan ramadhan. Semoga kita tergolong dalam golongan tersebut. Aamiin.
Selepas itu, pengumuman keputusan pertandingan. Aku hantar dua penyertaan iaitu gambar syamil yang memeluk wau atas pokok dan gambar budak yang di upload awal-awal itu. Alhamdulillah, gambar syamil menang kategori budaya tempat kedua dengan caption deep kata penganjur iaitu “Kalau kita tak sayang warisan tradisional kita, siapa lagi?” Alhamdulillah. 
Sebelum bersurai, peserta dapat makan tengah hari and dapat baju t-shirt berkolar free. Yeay jimat duit lagi. And the most seronok thing that day adalah hadiah tempat kedua iaitu RM100 🙂 So itu jelah cerita dia for those two consecutive days. One day i had so many bad things happening and the next day i was so happy. Life goes on no matter what you do or what you experienced yesterday, today or at this current moment, you just have to move on and live life. You never know what’s coming. Today may be a bad day, so what? That’s life, you just have to deal with it until it can’t tear you down anymore. And then you will discover happiness. Thank you 🙂
Kalau kita tak sayang warisan tradisional kita, siapa lagi? (This photo won second place in Kategori Budaya JupoInsta)
These comel kids i found willingly posed for a photo
Hadiah!