Sharing is caring!

Reading time < 1 minute

 
Hey guys, hari ini aku nak share sebuah movie yang rasanya ramai lagi belum tengok. Cerita dia mungkin tak diiklankan sangat di Malaysia dan tak banyak jadi buah mulut rakyat kita jadi aku rasa nak share la.

Cerita circle ini tentang 50 orang yang terkurung dalam satu bilik dan hanya seorang sahaja yang boleh keluar dari bilik tu. Setiap orang akan berdiri di tempat masing-masing yang ditanda dengan satu bulatan merah atas lantai so kalau keluar dari bulatan tu akan mati and kalau sentuh orang sebelah juga akan mati.

Setiap orang diberi satu undi setiap pusingan untuk bunuh seseorang daripada kalangan mereka dan peserta dalam tu terdiri daripada pasangan suami isteri, orang tua, kanak-kanak, pregnant lady, tentera, pasangan gay, pasangan lesbian, pelajar universiti dan macam macam taraf sosial lagi. Undi adalah rahsia, maksudnya tiada siapa tahu undi orang lain dan siapa yang dapat majoriti undi akan dibunuh.

Jadi cerita dia best sebab kita boleh tengok macam mana orang akan menipu untuk survive, macam mana kemanusiaan dipertahankan oleh sesetengah dan tidak dihiraukan oleh setengah yang lain. Macam mana ada yang sanggup mati sebab nak yang lain hidup dan ada yang sanggup bunuh untuk terus hidup.

So cerita dia tak banyak aksi, cuma banyak perbincangan yang berkisar tentang kehidupan. Mungkin sebab tu kot cerita ni tak famous. Last sekali memang akan ada seorang sahaja yang berjaya lepas dari circle tu and korang mesti takkan boleh teka siapa, sebab ending dia mindblown jugak.

Korang tengok sendiri lah trailer nanti sebab aku tak dapat nak post dekat sini. Aku bagi 6.5/10 untuk cerita ni. Cerita tak menyesal tengok, best!