Sharing is caring!

Reading time < 1 minute

Seorang jurugambar perancis yang bernama Henri-Cartier-Bresson dikenali sebagai seorang jurugambar terbaik dunia. Hasil kerja beliau yang melonjak naikkan namanya adalah gambar-gambar candid manusia di jalanan Paris dengan hanya menggunakan black-and-white rangefinder camera. Cartier-Bresson tidak menggunakan tripod, flash dan juga peralatan tambahan yang lain.

Apa yang beliau buat hanyalah mengenal pasti suatu shot sebelum ia berlaku dan menangkap gambar pada waktu yang tepat, the decisive moment! Decisive moment adalah keadaan di mana seorang photographer telah menangkap gambar yang menceritakan suasana keadaan itu.

Walaupun kita tidak mampu untuk jadi seperti Cartier-Bresson, kita boleh menggunakan pendekatan yang sama. Decent photography -particularly candid photography- is all about timing and composition. Kamera paling murah yang anda guna juga boleh mendapatkan komposisi gambar yang terbaik. Jadi jom ketahui apakah tips untuk dapatkan komposisi gambar yang terbaik!

  1. Tangkap banyak gambar

Yaa, tips pertama yang perlu anda buat adalah ambil banyak gambar. Ingat, anda tidak dicas untuk setiap gambar yang di ambil (jika menggunakan kamera sendiri haha) jadi ambil gambar sampai puas hati. Jurugambar terbaik dunia sebelum releasekan satu gambar, ada banyak gambar yang sama tetapi tidak mencapai tahap yang dia mahukan (even the slightest thing can cause someone to choose another photo).

  1. Rule of thirds

Mungkin anda pernah mendengar tentang rule of thirds kerana ia adalah salah satu perkara asas yang kita akan jumpa dalam bidang fotografi. Rule of thirds ini adalah di mana subjek diletakkan satu pertiga atau dua pertiga dari frame gambar, biasanya di tempat persilangan antara horizontal dan vertical line di screen camera.

Buka grid untuk lihat line di camera anda. Komposisi gambar yang baik adalah yang mengikut rules of third, tetapi jika anda sudah mahir, anda tidak perlu untuk terlalu ikut rule of thirds ini dan cuba untuk mendapatkan gambar yang lagi hebat dan tidak common.

  1. Perhatikan background anda

Kesilapan yang selalu dilakukan oleh novice photographer adalah hanya tengok subjek sewaktu menangkap gambar. Kerana apabila kita tengok balik gambar, kita tidak hanya akan fokus kepada subjek sahaja, tetapi juga kepada latarbelakang yang kita tidak beri perhatian semasa menangkap. Jurugambar professional biasanya akan ejas supaya latarbelakang adalah kosong, sama dengan tona subjek dan jika semua tu tak boleh, dia akan blurkan latarbelakang menggunakan pembukaan aperture paling luas.

  1. Jangan takut untuk crop gambar

Sesetengah jurugambar fikir bahawa anda gagal jika crop gambar selepas tangkap sebab sepatutnya kena komposisikan gambar itu dengan betul sejak mula. Tetapi kata je kepada diri sendiri “so what?” haha. Memang kalau kita crop, resolution gambar akan berkurang, jadi gunakan crop ini untuk buang perkara yang menganggu fokus kepada subjek, dan jangan terlebih sangat crop. Make it just nice and crispy!

  1. Jadi liar, sampai orang lain tertanya pasal anda

Letak camera atas tanah untuk dapatkan pandangan dari seekor cacing. Ambil gambar long exposure dan zoom in semasa shutter tu bukak untuk dapatkan psychedelic effect. Letak spek mata gelap atas lens semata untuk tengok bagaimana shot tu akan terhasil. Letak kamera pada self-timer dan letakkan dalam peti sejuk. Jangan lupa untuk keluarkan kamera tu balik.

Sengaja overexpose kan gambar. Sengaja underexpose kan gambar. Buat sahaja apa yang anda rasa nak buat. You will learn a lot more from mistakes. Dan manalah tahu dalam liar itu ada gambar yang terbaik, anda takkan tahu selagi tidak mencuba. Jadi selamat mencuba!