Sharing is caring!

Reading time 3 minutes

Berikut adalah perkongsian semasa di Kolej Matrikulasi Pahang, moga bermanfaat 🙂

Assalamualaikum w.b.t.

Bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana kita masih dapat meneruskan kehidupan di dunia ini.
Berapa hari lagi aku akan menjalani Ujian Pertengahan Semester bagi Sem 2 dan aku betul betul belum bersedia. Tension, stress namun masih santai bersahaja.

Pelik. Entah kenapa begitu malas berusaha sedangkan hati sedang berdebar memikirkan peperiksaan  yang tinggal beberapa hari sahaja lagi. Sungguh banyak bab dan subtopik yang belum dikuasai. Sebenarnya banyak faktor yang menjadikan sem 2 aku ni agak kalut.

Faktor yang pertama memang disebabkan diri aku yang malas. Susah betul nak boleh bukak buku malam-malam. Kebiasaanya selepas solat isyak je terus baring atas katil dan tidur. Tutorial, assignment selalu kurang sempurna. Aisehhh. Perlukan kekuatan untuk berubah. ;(

Faktor kedua ni aku rasa antara punca besar jugak, aku mula tak fokus masa lecture. Bukan aku sengaja tak nak fokus, tapi memang tak faham apa yang pensyarah tu ajar. Pensyarah yang ada memang hebat-hebat tapi hebat tu la yang bawak student melangkaui syllabus. Biasanya 10 min pertama dengar betul-betul, nak hadam, then piuuu lost, taktau dah pensyarah cakap pasal topik apa. Belek belek nota, takdak pon. Haihh. Then give up, mula main phone, cari cicak, tgk dewan kuliah. Kadang-kadang aku rasa membazir masa je pergi kuliah sebab tak dapat apa. Nak fokus tapi sekejap je, lepas tu lost. Hmm.

So, aku mula fokus betul betul dekat tutorial.Alhamdulillah, dpt faham semasa tutorial tapi aku kene topup latihan utk kukuhkan lagi pemahaman tu (yang aku tak buat). Sebab kalau sebelum ni, faham dalam lecture, kukuhkan dalam tutorial. Sekarang, faham dalam tutorial tapi aku tak kukuhkan, so terkapai-kapai la aku sekarang ni. -.-

Mengimbau kenangan lepas, alhamdulillah, aku dapat result yang okay jugaklah untuk PSPM 1. Aku memang tak sangka langsung tapi aku sentiasa mengharap. Aku fikir fikir balik, cara aku jawab tu tak  macam result yang aku dapat. Aku jawab teruk sangat. Banyak tinggal, salah jawab apatah lagi. Aku segan pada orang lain yang lebih mengetahui daripada aku. Walaupon aku dapat result yang agak baik, aku tetap tak boleh nak tolong jawab soalan yang kawan kawan tanya dekat aku. Aku lemah. Aku kena banyak berusaha lagi.

Tapi aku yakin, apa yang kita dapat sebenarnya bukan atas usaha kita sepenuhnya. Yang ni yang aku nak kongsi ni. Antara tips yang aku rasa memang betul-betul rahsia kejayaan.

First, kau jaga hubungan kau dengan Allah, insya Allah, hubungan kau dengan alam akan jadi lebih baik.

Yang kedua, kau jaga betul-betul hubungan kau dengan ibubapa, yang penting kau jangan lawan cakap mereka, patuh dan taat. Sentiasa doakan kebahagiaan ibubapa kau, ingat, itulah antara satu satunya cara kau nak balas balik jasa mak ayah kau. Doakan agar mereka masuk syurga dan selamat dari azab neraka. Doakan agar mereka dilimpahkan rahmat, rezeki yang berkat dll.

Yang ketiga, selalu lah menderma atau belanja makan kawan ke. Yakinlah bahawa setiap kali kita memberi, Allah akan membalas kebaikan itu berkali-kali ganda. Yang bestnya, kau tak tau apa yang Allah sediakan untuk kau. Tengok-tengok kau dah happy dan tertanya-tanya, cukupkah usaha aku dengan apa yang aku dapat ni. Waktu tu yakinlah, keberkatan Allah datang utk kau.

Yang ke-empat kau selalu lah mintak doa nak berjaya dalam hidup. Doa sungguh sungguh. Cakap segala apa yang kau nak. Kau nak bantu umat islam ke. Kau nak rezeki melimpah ruah ke. Mintak betul betul. Tanamkan azam sewaktu berdoa.

Yang kelima, kau belajar ni, kau kena azam dengan ilmu yang kau dapat, kau nak bantu umat islam  kelak. Cuba kau bayangkan apa pandangan pelajar dari agama lain, bila tengok pelajar-pelajar islam ni tak perform. Dieorang pulak yang beramai-ramai naik pentas dapat anugerah. Pelajar islam yang tak naik pentas duduk tepuk tangan je. Kita kena ingat, dapat result tinggi pon boleh dikira berdakwah.

Apa yang aku share ni, sebenarya lebih kurang je kalau kau tengok rahsia dan kisah kehidupan mereka-mereka yang telah berjaya dalam hidup. Dan sebab tu lah, yakin. Bagi aku, inilah  rahsia kecemerlangan. Semoga kita sama sama dapat mengamalkannya. Doakan aku yerr. 🙂

ditulis pada hari Sabtu 23 Januari 2016.