Sharing is caring!

Reading time < 1 minute

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Disebabkan ramai yang tanya bagaimana nak hasilkan feed seperti di instagram saya @izwanaizil so hari ni saya kongsi lah serba sedikit cara yang saya guna serta cara lain yang mungkin lebih senang untuk korang. Ok jom mulakan!

Program yang diperlukan adalah adobe photoshop di computer dan planoly di phone.

Langkah pertamaCari Gambar

Cari gambar-gambar yang hendak dimasukkan dalam feed anda. Pastikan gambar tersebut mempunyai tema yang sesuai supaya gambar tak nampak janggal bila digabungkan. Untuk tujuan organisasi dan mangement yg baik saya telah meletakkan semua gambar didalam satu folder supaya tak kalut cari gambar.

Langkah kedua – Edit Gambar

Edit gambar-gambar tersebut supaya boleh ada tema warna yang bersesuaian. Contohnya kalau ada gambar yang warna merah sangat terang dan ada gambar yang warna merah sangat tak terang, cadangan saya adalah untuk edit supaya gambar mempunyai kecerahan merah yang sama (sama untuk warna lain jugak). Kalau nak tutorial edit gambar bagitahu lah yaa 🙂

Langkah ketiga Photoshop

So untuk yang photoshop tu kita kena setting kan dia dulu supaya resolution dia tak pecah bila crop. Semua ni ada dah dibuat dalam template yang saya sediakan. (Download template). Template tu akan hasilkan 15 gambar. Just untuk yang nak setting sendiri boleh ikut step dibawah.

1) First, set kan psd file tu ke 3000px wide dan 5000px lebar
2) Second, kita nak view grid so pergi ke view menu >  show > grid
3) Pastu pergi Photoshop menu > preferance > Guides, Grids and Slices pastu masukkan setting macam di bawah

Langkah keempat Kreatif sikit guys!

Masukkan gambar kedalam photoshop. Part ni susah sikit sebab saya susun sendiri arrangement gambar tu so it’s time to be kreatif lah uollss haha. Hangpa kena rajin kecik besarkan gambar, pusing-pusing gambar, rotate 90,180, 270 degree nak bagi jumpa angle yang nampak tak janggal. Ni cara susah tapi best sebab atas diri sendiri nak susun macam mana. However ada cara alternatif yang korang boleh guna kalau dah takde idea iaitu dengan guna apps yang auto collage photo-photo korang. Maksudnya tak payah susah-susah design sendiri gambar tu. Contoh program macam lightroom. Yang lain tu hangpa cari sendiri dekat google ya haha.

Langkah kelima – Masukkan and susun dalam photoshop
Yang gunakan lightroom atau prog lain boleh masukkan gambar yang dah dicollage kan kedalam photoshop untuk dicrop kan. Yang mana guna photoshop sahaja, boleh adjust supaya gambar tak janggal dan susunan dalam keadaan yang awesome cey.
Langkah keenamSlice bagi yang tak guna tamplate
Kalau tak guna template, korang kena slice kan sendiri photo tu dengan menggunakan slice tool. Change setting slice tool kepada fixed size, 1000px x 1000px, lpstu tekan setiap grid square untuk slicekan setiap satu. Bagi yang guna template, tak payah mengada nak buat sebab dah dibuat.

Langkah ketujuh Export

Bila dah puas hati dengan gambar dan susunan semua tu, export la cepat cepat jangan duk simpan dalam computer, penat je buat hm. So cara nak export adalah dengan pergi ke File menu > Export > Save For Web then tekan save. Pastikan export hanya lah image only bukan image + HTML.

Langkah tambahan Recheck

Bila dah export semua gambar, korang akan transfer ke phone. Sebelum post dekat instagram tu, hangpa boleh check macam mana gambar tu nnti dengan letak gambar tu dalam planoly dulu. Takut ada apa apa yang tak kena, so baik check dulu di planoly. Dah cun post!

Last sekali, paling penting jangan mengalah, yang follow instagram aku tahu yang aku pon pernah ada gap masa yang panjang untuk post sebab takdek idea nak susun macam mana dan gambar tak sesuai. Yang penting never give up dan cari kreativiti anda! Nanti dah siap, tag aku atau post lah hasil kerja, nak tengok 🙂

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu sesiapa yang ingin menghasilkan feed instagram yang lebih baik. Kalau ada apa apa soalan, atau cara yang lebih baik kongsilah yaa 🙂