Sharing is caring!

Reading time < 1 minute

Hey guys, so baru-baru ini aku ada berjalan ke sebuah pusat membeli belah di Kelantan. Haritu saja saja berjalan dengan kawan-kawan, relieve stress katanya tapi esok tu kelas pagi. Kita ni teman jelah dia berjalan singgah makan durian, main laser tag siap.

Di tingkat 4 pusat membeli belah tu ada laman bowling, kami lalu tepi tu sambil tunggu rakan-rakan yang lain sampai. Kebetulan ada archery dengan bull riding tepi laman bowling. Sementara yang lain tengah syok main memanah yang tak mengena sasaran aku nampak ada sebuah pintu yang terbuka.

Aku dengan beraninya mendekati pintu tu, bila semakin hampir terus masuk tanpa toleh ke belakang lagi dah. Runsing jugak kalau tiba-tiba ada staff datang panggil suruh keluar dari bahagian belakang mesin bowling. Bila dah masuk, ada seorang abang yang sedang duduk di atas kerusi atas mesin-mesin tu.

Menarik jugak apa yang dilihat, jadi terus buka camera sebab aku rasa tak ramai yang tahu macam mana pin bowling disusun. Lagi-lagi mereka yang meminati bowling. So boleh tengok video dan komen. Share supaya lagi ramai yang tahu.

Terima kasih kerana membaca 🙂