Reading time < 1 minute

Hai guys, seperti yang kita tahu tak lama lagi keputusan UPU dan tawaran temuduga akan keluar bagi pelajar-pelajar lepasan SPM tahun 2016 jadi mesti ramai la kan yang nak tahu tips tips terutamanya yang bakal menghadapi temuduga di USM. Maka tergerakknya hati ni nak berkongsi serba sikit pengalaman saya serta tips semasa ditemuduga pada bulan Mei tahun 2016.

  1. Persiapan sebelum temuduga

Okay mula mula sekali, sewaktu saya mendapat tawaran temuduga saya sangat seronok sebab itulah temuduga pertama yang bakal saya hadapi. Perkara pertama yang saya fikir adalah persediaan untuk interview. Apa yang patut aku buat eh untuk lulus interview tu. So first, aku mula membaca tentang isu semasa. Masa tu, isu semasa seperti Panama Papers, GST, isu politik semasa dan sebagainya mula dihadam dengan baik manalah tau dieorg tanya pasal isu semasa kan. Saya siap print semua isu isu semasa tu dan baca sentiasa sampai ingat.



Yang kedua, seperti anda juga saya akan mencari tips tips untuk dibuat semasa temuduga dan juga perkara yang tak patut dibuat semasa temuduga. Masa tu aku lebih kepada mencari contoh-contoh jawapan kepada soalan soalan macam “Apakah kekuatan diri awak?”. Soalan simple, ringkas dan mudah, tapi tanpa teknik dan cara yang baik untuk menjawab soalan begitu kita mungkin tak diluluskan permohonan temuduga. Jadi lepas ni cari di google ya, contoh soalan temuduga dan jawapan. Kalau dah cari bagus!

Yang ketiga, saya mula membaca sedikit tentang kursus yang saya ingin ambil iaitu perubatan. Masa tu mula mencari apa beza MD dengan MBBS. Apa subjek yang akan dibelajar pada tahun 1 kursus perubatan. Apa perbezaan sistem lama dan sistem terbaru yang sekarang diguna oleh USM ini. Kalau subjek tahun satu ialah anatomy, saya akan cari sedikit definisi tentang anatomy. Apakah itu anatomy? Biochemistry? Microbiology? Pathology dan sebagainya. Anda lebih berkayakinan semasa temuduga bila korang tahu benda benda ini.

Yang ke empat sudah semestinya, saya mencari pakaian yang sesuai untuk dipakai semasa temuduga. Kalau dah ada yang elok dan kemas dalam almari, pakai je yang tu jimat duit. Tapi kalau takde, eloklah beli satu yang khas untuk temuduga tu. Pandangan pertama penemuduga sangatlah penting dan percayalah itu juga satu bentuk psychology positif kepada diri sendiri, supaya korang lebih berkeyakinan.

Pakaian semasa temuduga di USM

Haa masa temuduga tu tak ramai yang memakai blazer tu, dan bila korang pakai, korang akan stand out berbanding yang lain. Serious tak tipu, semasa aku dlm bilik temuduga tu, ada penemuduga tegur kata anda nampak kemas lah pakai macam ni. So itu dah jadi bonus mark dah tapi yang paling penting tu first impression kita nak supaya kita ada wow factor untuk mereka memilih kita.

2. Hari temuduga

Masa saya dah sampai tempat temuduga tu di Kampus Kesihatan, USM Kubang Kerian saya dan family terus mencari di mana tempat temuduga supaya tak kalut nanti. Sebab temuduga pukul 2:30 selepas solat Jumaat. So sampai awal sikit dan pusing pusing USM dulu.

Okay ni tips saya yang agak kelakar jugak kot tapi korang boleh pakai kalau nak. Iaitu sebaik sahaja masuk pagar USM saya keluarkan satu buku nota dan sebatang pen untuk mencatat segala infrastruktur yang saya rasa sangat menarik di USM. Contohnya sebaik masuk USM saya tengok padang bola besarnya, 4 padang bola dieorg sekalikan so macam satu wow factor jugaklah sebab tak pernah ada padang besar macam tu sejak sekolah.

Tapi kenapa kita kena catat benda benda macam remeh temeh tu ye? Haa sebab kalau lah penemuduga tanya kenapa anda nak masuk USM, boleh la cakap tadi semasa saya masuk ke sini saya terlihat infrastrukur yang sangat baik seperti padang yang sangat luas berjaya sedikit sebanyak menarik minat saya kerana hobi saya untuk bermain bola. Nanti konfirm dieorg tanya awak main bola ye? Peringkat apa? Haa masa tu boleh ceritalah dah main sekian sekian tu. Haha.

Okay selain itu, korang jangan sesat tahu bila masuk USM. Sebab aku sesat. Errr. HAHAH. Mula mula sampai, korang kena cari Pusat Pengajian Sains Perubatan. Iaitu bangunan di bawah ini.

Pusat Pengajian Sains Perubatan

Aku mula mula pusing pusing tak jumpa dan mula mula termasuk dekat bangunan lain iaitu Pusat Pengajian Sains Kesihatan. Untuk mengelakkan perkara sama berulang dekat korang semua. Saya dengan rela hati akan menunjuk jalan melalui post ini. Mula mula dari pintu pagar (A) iaitu pintu pagar yang bersebelahan dengan jalan raya, Mydin, Dominoes, Pizza Hut dan sebagainya. Korang straight je sampai jumpa simpang tiga dimana terdapat sebuah Masjid disitu.

Haa korang yang muslim lelaki tak perlu risau. Masjid dalam USM tu buat solat Jumaat. Bila jumpa simpang tu, belok kiri dan terus sahaja. Bila dah terus tu didepan akan ada satu bulatan. Ikut bulatan tu korang akan nampaklah bangunan macam dalam gambar tu.

Bila dah sampai di PPSP, nama singkatan Pusat Pengajian Sains Perubatan. Pastikan tiada barang yang tercicir terutamanya fail fail penting dan juga kad pengenalan. Sebab semasa saya daftar saya tertinggal wallet dalam kereta dan dalam wallet ada kad pengenalan, jadi satu hal pulak nak ke kereta balik tengah panas tu untuk ambik ic. Jadi sebaik turun kereta tu check balik supaya tak tertinggal apa-apa. Sebaik sahaja masuk ada abang abang senior dan kakak senior yang akan bawa anda ke tempat pendafataran. Pada sesi saya iaitu di red square dan saya rasa mungkin sama dgn korang jugak nanti. (akan saya upload gmbr nnti).

Setelah daftar, saya dengan mama (ibu saya) berjumpa dengan senior untuk minta pandangan. Mama yang semangat tanya sebenarnya haha. Tanya tips dari dieorg and senior yang bantu saya waktu tu ingat lagi iaitu Mujahid Tahun Dua sekarang ni. Terima Kasih abe muja hahah. Korang tanyala tips supaya korang lebih bersedia dan yakin semasa temuduga nanti.

3. Temuduga MMI USM

Okay temuduga USM adalah dalam bentuk MMI iaitu multi-mini interview. Dimana anda ada 9 stesen yang terdiri daripada 5 stesen temuduga dan 4 stesen rehat. Stesen temuduga dengan stesen rehat akan diselang selikan contoh nya stesen pertama temuduga, stesen kedua anda akan rehat dan seterusnya. Sebelum korang memasuki stesen temuduga iaitu sebuah bilik, korang akan disediakan dengan beberapa soalan dlm bentuk kertas di luar bilik. Anda diberi masa lebih kurang berapa minit (tak ingat maaf) untuk bersedia dan loceng akan dibunyikan tanda dah boleh masuk bilik.

 



Dalam bilik korang akan ditanya tentang soalan tu dan jawablah seikhlas hati haha. Ikhlas tu penting. Juga terdapat limit masa dlm beberapa minit jugak didalam bilik nanti saya check balik. Selain itu sebanyak 3 stesen anda boleh memilih untuk berbahasa melayu atau inggeris tapi terdapat satu stesen wajib berbahasa melayu dan satu stesen wajib berbahasa inggeris. Sama ada stesen itu wajib bi atau bm akan dilabel diatas soalan luar bilik jadi anda tahu yang itu adalah stesen bi atau bm. Okay mesti nak tahu soalan dia macam mana kan? Okay ni saya kongsi soalan-soalan yang saya dapat disetiap stesen. Soalan tepat seratus peratus ayat sama saya tak ingat tapi maksud soalan dia sama.

1. Kawan anda demam setelah sekian lama dan dia tidak mahu memakan ubat kerana terpengaruh dengan sebuah perkongsian oleh seorang doktor di whatsapp yang mengatakan ubat itu akan menyebabkan sakit buah pinggang, sakit tulang belakang dan sebagainya. Terangkan bagaimana anda nak meyakinkan kawan anda untuk makan ubat dan betulkah tindakan doktor tersebut yang menyampaikan sesuatu di whatsapp.

 

2. Anda perasan rakan baik anda mula tidak berkawan dengan anda dan mula terpengaruh dengan kawan kawan yang tidak elok perangainya. Selepas itu anda dapati dia sudah mula menghisap rokok. Lakonkan watak sebagai rakan baik kawan itu dan terangkan kepada ibunya tentang anaknya.

 

3. Share what you think of Housemanship. (Wajib berbahasa inggeris)

 

4. Seorang Ayah yang hanya menjual kuih di India mempunyai 7 orang anak. 4 anak dia lumpuh apabila terlibat dalam satu kemalangan dan seorang koma dan sudah tiada harapan untuk sembuh. Dan ayah itu sudah tidak mampu untuk menanggung kos perubatan anak nya. Bolehkah ayah itu melakukan euthanasia terhadap anaknya itu? Bincangkan bersama panel temuduga anda.

 

5. Apakah kelebihan yang terdapat pada anda yang tiada pada orang lain? Apakah perkara yang paling mengecewakan anda sepanjang hidup anda? (Wajib berbahasa melayu).

 

Setelah habis temuduga korang akan ditempatkan di satu tempat beramai ramai untuk mengisi borang maklum balas. Masa tu dah boleh mula mencari kawan kawan manalah tahu dua dua dapat dan akan berjumpa lagi. Contoh kawan yang saya kenal semasa temuduga ialah Firdaus. Masa dah habis isi borang tu kami berdua berjalan balik untuk pulang. Menariknya, sebelum balik masing masing cakap “Daus, nanti kita jumpa lagi di USM ni”, ” Aizil, bereh jumpa di USM”. Dan alhamdulillah masin kedua-dua mulut, berjumpa ditempat sama dan belajar bersama sama haha.

So moral of the story, jadi je diri sendiri semasa temuduga tu, jangan berubah semata mata untuk temuduga, ikhlas kan diri bila jawab soalan soalan, bersedia lah sebelum temuduga, dan buat kawan seramai yang mungkin. Selain itu, yang paling penting pastikan anda minat kursus yang ditemuduga tu (dalam kes ni kursus perubatan). Akhir sekali selamat ditemuduga. Goodluck!
Sekian, terima kasih kerana sudi membaca 🙂
p.s kawan kawan yang nak tambah apa apa tips dipersilakan di ruangan komen 😀