Sharing is caring!

Reading time < 1 minute

Assalamualaikum w.b.t.
Nama diberi Izwan Aizil Bin Ismail. Bakal berusia 20 tahun sebaik masa dan tarikh menjadi 9:21 a.m. pada 27 September 2017. Menetap di Terengganu dan merupakan seorang mahasiswa tahun 1 di sebuah universiti tempatan dalam bidang perubatan.
Yang lain lain tu lain kali ya.
Setelah sekian lama tidak menekan papan kekunci menyampaikan satu dua kata diruangan cyber ini sungguh terasa rindunya. Bak kata pepatah Melayu, bagaikan syafiq makan burger. Buat pengetahuan rakan pembaca sekalian, ini bukanlah blog pertama yang telah dihasilkan malah yang keberapa kali dah. Setiap permulaan blog dimulakan dengan semangat yang berkobar kobar tetapi tersungkur ditengah jalan. Mungkin kerana jalan yg berlumpur, ataupon kekurangan bekalan yang mampu memberikan cetusan idea yang jitu.

Blog blog yang telah ada masih berada di ruangan search jika rakan pembaca membuat pencarian search “Izwan Aizil”. Banyak blog lama yang masih belum dipadam dan harapnya tiada siapa yang pergi buka ya. Malu hamba. Walaubagaimana pon, blog ini adalah semangat baru saya semenjak berjaya mendaftarkan diri sebagai seorang pelajar perubatan untuk berkongsi kisah suka,duka, pahit dan manis kehidupan seorang pelajar perubatan. Disamping itu saya akan selitkan sedikit kisah kisah hidup dan tips tips yang berjaya saya peroleh sebagai mahasiswa sebuah universiti. Diharapkan penulisan ini dapat membantu rakan pembaca.

Sekian.