Sharing is caring!

Reading time 2 minutes

Hey guys, so petang tadi badan saya melakukan aktiviti sympathetic demi mengekalkan thermoregulation badan dengan kaedah berpeluh apabila saya terpaksa kedepan, kebelakang dan memusing satu court untuk tidak membenarkan bola getah berwarna hitam itu melantun dua kali di atas kayu artificial. Haa ce teka permainan sukan apa yg hamba main. Siapa jawab betul komen sikit, nak tgok sikit siapa dapat jawab haha.
Sebagai mahasiswa tahun pertama, kami diwajibkan untuk memenuhi jam kredit kokurikulim sebanyak dua kredit. Tahun lepas saya telah ceburi Suntingan Digital Fotografi manakala tahun ini, terdetik hati untuk mendaftarkan diri sebagai peserta kokurikulum skuash. Bercakap mengenai permainan ini, setiap ahad petang dan selasa petang tepat jam 5:30 p.m. kami perlu berada di gelanggang skuash (dalam gambar) sehingga jam 7:00 p.m. untuk memenuhi jumlah kredit satu semester.
Kelas kami ini dibimbing oleh seorang jurulatih pakar yang juga seorang jurulatih dan pencari bakat baharu di Majlis Sukan Negeri Kelantan. Kami diberi pinjam raket skuash manakala bola skuash dibeli dengan harga RM9.00 sebiji. Tiap kali kelas wajib kami mengadakan perlawanan sesama sendiri dan serious seronok. Antara recommendation bagi pelajar pelajar USM yang mahu memilih bidang ko-k pilihlah skuash dan suntingan digital. Dua dua seronok. Bila dapat raket pinjam free ni, maka kami berempat roomate (Fathi, Syafiq, Nadzmi dan saya) sakan lah menghidupkan gelanggang. Nadzmi merupakan bekas ko-k skuash dan kami dapat rekemen yang skuash ni seronok, sebab tu lah yang tiga orang lagi tu semua masuk skuash sem ni.

Selain itu, sukan merupakan satu platform dalam melahirkan para pelajar yang holistik dan berkemahiran dari pelbagai aspek seperti kebolehan kepemimpinan, kemahiran sosial dan komunikasi. Sukan juga membantu mengaktifkan lagi sel sel dan salur darah yang tidak digunakan. Pesanan buat diri dan rakan pembaca, bersukanlah bukan kerana ingin dimegahi dan lebih dari orang lain, tetapi untuk menambah nilai dan kesihatan diri sendiri. Sekian.

Nadzmi dan Syafiq